Info Penyakit Berbahaya Yang Sering Di Alami Oleh Manusia

Info Penyakit Berbahaya. Diberdayakan oleh Blogger.

Tanda-Tanda Kencing Manis/Diabetes

Tanda-Tanda Kencing Manis - Penyakit kencing manis sudah biasa kita dengar kan. Menurut kajian Kaji Selidik Kesihatan dan Mobiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun 2013, menunjukkan satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap kencing manis.
Tanda-Tanda Kencing Manis
Tanda-Tanda Kencing Manis/Diabetes

Tanda-Tanda Kencing Manis

Ohhh tidak... Ini bermakna kita berhadapan dengan ancaman penyakit kronik ini. Apabila dah ada kencing manis ni, tahap imunisasi badan akan menurun menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Lagipun, banyaklah makanan kena 'puasa' sebab nak jaga kandungan gula dalam darah. hehehe..

Jom kita selidik diri sendiri. Tengok apa tanda-tanda penyakit kencing manis ni. Ada sesetengah orang tak perasan pun ada kencing manis. Sehinggalah bila cek kandungan darah, paras gula tu dah tinggi dan ada kencing manis.

Kerap rasa dahaga.

Ini kerana badan sentiasa memerlukan air agar buah pinggang dapat menyingkirkan glukosa yang berlebihan daripada badan.

Tanda-Tanda Kencing Manis Sentiasa lapar.

Apabila insulin tidak dapat memproses glukosa, peratus gula dalam darah menurun dan memberi maklumat pada otak yang badan memerlukan glukosa. Ini mengakibatkan otak bertindakbalas bahawa badan masih memerlukan makanan.

Kerap membuang air kencing.

Proses penyingkiran glukosa berlebihan daripada badan menyebabkan buah pinggang sentiasa bekerja. Maka punding kencing sentiasa penuh dengan bahan buangan yang tidak diperlukan.

Kehilangan berat badan secara tiba-tiba.

Sering juga saya lihat pesakit kencing manis mempunyai susuk badan yang kurus. Ini kerana hormon insulin tidak dapat memproses gula untuk dibekalkan ke dalam sel-sel badan yang boleh digunakan sebagai tenaga. Maka, badan meguraikan lemak pada otot untuk menghasilkan tenaga.

Tanda-Tanda Kencing Manis Sering keletihan.

Ini kerana gula dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga kerana tiada insulin atau kandungan insulin yang rendah.

Penglihatan kabur.

Glukosa dalam darah boleh merosakkan saraf-saraf penglihatan. Ia mengubah bentuk kanta dan mata yang menyebabkan penglihatan menjadai kabur.

Jika tahap gula kembali normal, penglihatan boleh pulih. Tetapi jika tahap gula tinggi dibiarkan dalam jangka masa yang lama, kerosakkan saraf boleh menjadi kekal dan kemungkinan buta.

Mengalami jangkitan kuman bagi perempuan dan lelaki.

Diabetes melemahkan keupayaan seseorang melawan penyakit. Sistem imun yang rendah menyebabkan wanita mudah mendapat jangkitan kuman di faraj. Lelaki juga terdedah kepada jangkitan kulat jika mempunyai sistem imun yang rendah.

Luka lambat sembuh.

Penyembuhan luka yang lambat  juga adalah tanda seseorang mempunyai kencing manis. Ia berlaku kerana kerosakkan salur darah akibat  pergerakan glukosa yang berlebihan di dalam urat dan arteri.
Maka, ia menyukarkan darah untuk sampai ke seluruh anggota badan terutamanya ke anggota badan yang luka. Proses penyembuhan tergendala akibat kurangnya darah untuk tujuan penyembuhan.

Kesemutan dan kebas pada kaki dan tangan.

Rasa kebas, kesemutan dan kesakitan membakar atau bengkak pada kaki dan tangan adalah tanda kerosakkan saraf akibat kencing manis. Jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi, ia boleh menjadi kerosakkan kekal.

Kulit menjadi gelap di bahagian tertentu.

Kulit di sekitar leher, ketiak atau buku lali boleh menjadi gelap jika paras gula dalam darah tinggi. Ini petanda proses penentangan insulin dalam badan.
Namun begitu, penyakit kencing manis ni boleh dikawal. Ada yang lebih suka mengambil ubat di hospital dan farmasi. Ada juga yang lebih suka mengambil pemakanan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan yang direbus.

Related : Tanda-Tanda Kencing Manis/Diabetes

0 Komentar untuk "Tanda-Tanda Kencing Manis/Diabetes"