Info Penyakit Berbahaya Yang Sering Di Alami Oleh Manusia

Info Penyakit Berbahaya. Diberdayakan oleh Blogger.

Kolesterol Tinggi, Ini 10 Penyebabnya

Kolesterol Tinggi, Ini 10 Penyebabnya - Kolesterol adalah lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Malah, hati menghasilkan sendiri kolesterol untuk perkembangan saraf, pembentukan hormon seks, perkembangan janin dan otak bayi.


Kolesterol Tinggi, Ini 10 Penyebabnya
Kolesterol Tinggi

Kolesterol Tinggi, Ini Penyebabnya

Namun, apabila kandungan kolesterol berlebihan dalam badan, ia boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan. Antara gejala koleserol tinggi ialah sering pening kepala, sakit di tengkuk, kesemutan, kebas kaki dan tangan dan cepat penat. Di sini saya kongsikan 10 sebab mengapa tahap kolesterol boleh menjadi tinggi dalam tubuh kita.

Diet Makanan Seharian Anda

Hati menghasilkan hampir 80% kolesterol yang diperlukan oleh tubuh.  Selebihnya dihasilkan daripada sumber makanan yang kita ambil. Sumber makanan yang tinggi kolestrol adalah daging, susu, keju, kuning telur dan mentega. Makanan tersebut mengandungi lemak tepu. Selain itu, makanan ringan seperti kerepek, chips dan biskut yangmengandungi lemak trans juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

Kolesterol Tinggi Karena Tekanan/Stress

Orang yang mengalami tekanan di tempat kerja dan kehidupan seharian berisiko mempunyai kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan. Ini kerana tekanan akan meningkatkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan. Lebih membimbangkan lagi jika mereka mengambil rokok dan alkohol bagi menguurangkan tekanan dan stress mereka.

Kolesterol Tinggi Karena Berat Badan Anda

Seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau  obesiti, biasanya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Selain boleh mengundang penyakit kencing manis/diabetes, berat berlebihan juga menjadi punca kolesterol tinggi. Orang yang obesiti mempunyai kolesterol baik yang sedikit dan koleserol jahat yang tinggi. Oleh itu, amatlah penting untuk membuat pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap kolesterol anda. Biasanya untuk menurunkan kolesterol, anda dinasihatkan untuk  bersenam dan menurunkan berat badan.

Kurang Bersenam

Senaman sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Jika mempunyai kekangan masa untuk bersenam, anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti seperti berjalan dan membuat kerja rumah. Pekerja yang sering duduk lama di pejabat juga berisiko mempunyai koleserol tinggi berbanding pekerja yang sering bergerak dan berjalan. Maka, jika kerja anda memang sering duduk lama, bolehlah sekali-sekala berjalan atau menggerakkan tubuh.

Kolesterol Tinggi Karena Umur dan Jantina Anda

Kadar kolesterol seseorang meningkat pada usia seawal 20 tahun. Jika tidak dikawal daripada awal, kandungan kolesterol akan menjadi bahaya dan memberi kesan tidak sihat pada tubuh badan. Bagi lelaki berusia dia atas 50 tahun, kadar kolesterol semakin meningkat. Bagi wanita pula, kandungan koelsterol menurun di waktu menopause dan akan meningkat kembali pada umur selepas menopause.

Orang Yang Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia yang boleh mengurangkan kandungan kolesterol baik dalam tubuh. Kekurangan kolesterol baik dalam badan menyebabkan kandungan kolesterol jahat meningkat. Bahan kimia itu juga boleh mengumpulkan lemak di dalam hati dan mengganggu fungsi hati.

Kolesterol Tinggi Karena Pengambilan Alkohol

Pengambilan alkohol setiap hari dengan kadar yang banyak juga meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam badan.

Ubat-Ubatan Yang Anda Ambil.

Bagi anda yang sering mengambil ubat kimia juga berisiko memiliki kolesterol yang tinggi. Antara ubat kimia tersebut adalah seperti ubat estrogen, beta-blocker dan thiazide. Ubat-ubatan ini mengurangkan kadar kolesterol baik HDL.

Mempunyai Penyakit Lain

Seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi sering memiliki kadar kolesterol yang tinggi. Selain itu, pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan hati dan gangguan ginjal yang kronik juga berisiko mempunyai kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan mereka.

Keturunan Dan Faktor Genetik

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang memiliki kolesterol tinggi, hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga. Ini kerana daripada hasil kajian, faktor keturunan mempengaruhi kandungan kolesterol dalam tubuh.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga kolesterol tinggi, cenderung mempunyai kolesterol yang tinggi berbanding meraka yang tidak mempunyai latar belakang dan sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi.

Jika anda mempunyai salah satu penyebab di atas, anda boleh mengubah tabiat tersebut dan berusaha menjalankan kehidupan yang lebih sihat. Anda boleh mengamalkan beberapa jenis makanan yang boleh menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh anda.

Info Lengkap: Menjaga Mata Agar Tetap Segar Di depan Komputer

Related : Kolesterol Tinggi, Ini 10 Penyebabnya

0 Komentar untuk "Kolesterol Tinggi, Ini 10 Penyebabnya"