Info Penyakit Berbahaya Yang Sering Di Alami Oleh Manusia

Info Penyakit Berbahaya. Diberdayakan oleh Blogger.

Penyakit Resdung

Penyakit Resdung adalah penyakit yang biasa kita dengar. Pelbagai jenis rawatan resdung yang terdapat di pasaran. Namun, mungkin masalah resdung anda masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Saya syorkan set resdung Shaklee bagi membantu mengatasi masalah resdung anda. InsyaAllah dengan beberapa jenis vitamin dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan daripada serangan bakteria dan kulat resdung.

Penyakit Resdung
Penyakit Resdung

Penyakit Resdung/Radang Sinus

Resdung juga dipanggil radang sinus. Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid). Tapi, sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkak di  dalam lapisan hidung. Tanda-tanda seseorang mempunyai resdung ialah:
  • Hidung tersumbat.
  • Batuk.
  • Sakit kepala atau muka.
  • Jerawat pada muka.
  • Selesema berpanjangan.
  • Hidung berbau busuk.
  • Demam.
  • Letih dan lesu.
  • Hilang deria rasa dan bau.
  • Batuk teruk pada waktu malam.

Penyakit Resdung, Siapa Beresiko Terkenanya?

Setiap orang berisiko mempunyai resdung. Namun, ada beberapa kriteria yang menyebabkan seseorang mudah mendapat resdung, iaitu:
  • Alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung tersumbat.
  • Mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung bengkok.
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit.
  • Punca Seseorang Mempunyai Resdung
Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Kebanyakkan kes resdung berpunca daripada kulat, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada masalah sistem pertahanan badan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Klinik Mayo pada 1999, sebanyak 96%  pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik mengandungi kulat. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat.

Penyakit Resdung, Juga Berakibat Komplikasi

Satu kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung. Kesan Jika Resdung Tidak Dirawat Penyakit resdung yang tidak dirawat akan membawa kepada beberapa komplikasi seperti:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Related : Penyakit Resdung

0 Komentar untuk "Penyakit Resdung"